MENGAPAKAH PARLIMEN MEMPUNYAI KUASA MENGGUBAL,MEMINDA DAN MEMANSUHKAN UNDANG UNDANG?
Sebelum
menjadi undang-undang Ahli Parlimen akan berdebat mengenai undang
undang yang ingin digubal.
Ia dipanggil sebagai rang undang-undang.
Setelah ahli parlimen setuju, Rang undang-undang akan dibawa ke
parlimen.
Apabila parlimen dah meluluskan, rang undang-undang akan dibawa pula ke
Yang di-Pertuan Agong.
Dalam masa 30 hari, Yang di-pertuan Agong berhak untuk meluluskan
ataupun tidak.
Jika Yang di-pertuan Agong tidak meluluskan, rang undang-undang
tersebut ia masih menjadi undang-undang selepas 30 hari kerana parlimen
diberi kuasa oleh bar council untun menggubal undang-undang.
Rang undang-undang bermaksud sebelum sesuatu undang-undang itu digubal.
BAGAIMANA UNDANG UNDANG DIGUBAL?
Legislations = membawa maksud undang-undang yang telah diluluskan oleh badan yang terpilih. Undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen dikenali sebagai akta (act).
Undang-undang yang telah
diluluskan pada tahun 1946-1957 di semenanjung
Malaysia selepas Malay Union dikenali sebagai ordinance. Pada peringkat negeri, undang-undang yang
diluluskan oleh dewan undangan negeri dikenali sebagai
enactment kecuali di Sarawak yang dikenali sebagai
ordinance.
Dewan rakyat atau parlimen dan Dewan undangan negeri
tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal
undang-undang. Kuasa mereka dibataskan oleh List I
jadual 9 perlembagaan bagi Dewan rakyat dan List II
jadual yang sama bagi Dewan Undangan Negeri dan List
III bagi kuasa bertindan. Maka bidang kuasa di dalam
List II tidak boleh dicampuri oleh Dewak rakyat dan
sebaliknya. Mana-mana bidang yang tidak termaktub di
dalam mana-mana senarai ini akan termasuk dalam kuasa
negeri.
Proses penggubalan undang-undang
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, proses
penggubalan undang-undang boleh dilakukan sama ada
oleh Dewan rakyat (House of Representative) atau Dewan
Undangan Negeri (State Legislative Assemblies).
Apabila seorang menteri dalam bidangnya mengemukakan
satu perkara untuk diwartakan menjadi undang-undang,
pada peringkat ini ia dinamakan sebagai Bill. Bill
ini boleh jadi dalam salah satu dari berikut:
1. Private bills
2. Private members bill
3. Hybrid Bills
4. Government Bills
Bill 1,2 dan 3 jarang diadakan dalam parlimen
Malaysia.
Bill 4 atau Bill kerajaan adalah perkara
biasa dalam hal ini. Ia termasuklah polisi kerajaan,
undang-undang badan berkenaan dan sebagainya.
Prosesnya begini:
Bill (diperkenalkan oleh seorang Menteri) > Diberikan
kepada kerani parlimen > 1st reading (tiada ada deba.
Hanya formaliti) > 2nd Reading (diberikan kertas
kepada ahli parlimen yang hadir dan diperdebatkan) >
Committee Stage (Ahli parlimen yang hadir membentuk
komiti yang akan mengkaji secara mendalam bill dan
diubah kalau perlu. Kadang kala komiti khas bukan dari
kalangan ahli parlimen dilantik.) > 3rd Reading dan
diluluskan. >Dihantar ke dewan Negara dan dibahaskan
oleh senator di dalam dewan negara.
Di sini terdapat
dua jalan:
i) Sekiranya diterima akan dihantar kembali ke > Dewan
negara
ii) Sekiranya ditolak akan ditubuhkan satu badan yang
akan membentangkan sebab-sebab penolakan dan dihantar
ke dewan negara untuk di bahaskan semula.
Kemudian setelah diluluskan akan dihantar kepada yang
dipertuan Agong untuk diberikan cop mohor. Rang
Undang-undang ini akan diwartakan dalam bentuk Warta
Kerajaan atau "Gazette" , maka baharulah Rang
Undang-Undang itu akan menjadi undang-undang yang sah
yang disebutkan dalam warta kerajaan tersebut.
Pengundian
Satu cadangan untuk pelaksanaan Undang-undang akan
melalui proses pengundian. Di dalam undang-undang
biasa yang tidak melibatkan perlembagaan ia hanya
memerlukan simple majoriti undi ahli-ahli yang
hadir.
Bagi perkara yang melibatkan penggubalan perlembagaan,
ia memerlukan undi 2/3 ahli parlimen yang ada di dalam
dewan tersebut dan bukannya setakat yang hadir.
Umpamanya di dalam dewan negara sekarang terdapat 193
ahli di dalam dewan rakyat, ia memerlukan undi 129
orang sebelum diluluskan satu penggubalan dalam
perlembagaan dan 46 undi daripada 69 senator Dewan
Negara.