Friday, August 15, 2014

PENGAJIAN MALAYSIA

MENGAPAKAH PARLIMEN MEMPUNYAI KUASA MENGGUBAL,MEMINDA DAN MEMANSUHKAN UNDANG UNDANG?


Sebelum menjadi undang-undang Ahli Parlimen akan berdebat mengenai undang undang yang ingin digubal. Ia dipanggil sebagai rang undang-undang. Setelah ahli parlimen setuju, Rang undang-undang akan dibawa ke parlimen. Apabila parlimen dah meluluskan, rang undang-undang akan dibawa pula ke Yang di-Pertuan Agong. Dalam masa 30 hari, Yang di-pertuan Agong berhak untuk meluluskan ataupun tidak. Jika Yang di-pertuan Agong tidak meluluskan, rang undang-undang tersebut ia masih menjadi undang-undang selepas 30 hari kerana parlimen diberi kuasa oleh bar council untun menggubal undang-undang. Rang undang-undang bermaksud sebelum sesuatu undang-undang itu digubal.


BAGAIMANA UNDANG UNDANG DIGUBAL?
 
Legislations = membawa maksud undang-undang yang telah diluluskan oleh badan yang terpilih. Undang-undang yang telah diluluskan oleh parlimen dikenali sebagai akta (act).

 Undang-undang yang telah diluluskan pada tahun 1946-1957 di semenanjung Malaysia selepas Malay Union dikenali sebagai ordinance. Pada peringkat negeri, undang-undang yang diluluskan oleh dewan undangan negeri dikenali sebagai enactment kecuali di Sarawak yang dikenali sebagai ordinance. Dewan rakyat atau parlimen dan Dewan undangan negeri tidak mempunyai kuasa mutlak untuk menggubal undang-undang. Kuasa mereka dibataskan oleh List I jadual 9 perlembagaan bagi Dewan rakyat dan List II jadual yang sama bagi Dewan Undangan Negeri dan List III bagi kuasa bertindan. Maka bidang kuasa di dalam List II tidak boleh dicampuri oleh Dewak rakyat dan sebaliknya. Mana-mana bidang yang tidak termaktub di dalam mana-mana senarai ini akan termasuk dalam kuasa negeri. Proses penggubalan undang-undang Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, proses penggubalan undang-undang boleh dilakukan sama ada oleh Dewan rakyat (House of Representative) atau Dewan Undangan Negeri (State Legislative Assemblies). Apabila seorang menteri dalam bidangnya mengemukakan satu perkara untuk diwartakan menjadi undang-undang, pada peringkat ini ia dinamakan sebagai Bill. Bill ini boleh jadi dalam salah satu dari berikut:

 1. Private bills
 2. Private members bill
 3. Hybrid Bills
 4. Government Bills Bill 1,2 dan 3 jarang diadakan dalam parlimen Malaysia.

 Bill 4 atau Bill kerajaan adalah perkara biasa dalam hal ini. Ia termasuklah polisi kerajaan, undang-undang badan berkenaan dan sebagainya. Prosesnya begini:

 Bill (diperkenalkan oleh seorang Menteri) > Diberikan kepada kerani parlimen > 1st reading (tiada ada deba. Hanya formaliti) > 2nd Reading (diberikan kertas kepada ahli parlimen yang hadir dan diperdebatkan) > Committee Stage (Ahli parlimen yang hadir membentuk komiti yang akan mengkaji secara mendalam bill dan diubah kalau perlu. Kadang kala komiti khas bukan dari kalangan ahli parlimen dilantik.) > 3rd Reading dan diluluskan. >Dihantar ke dewan Negara dan dibahaskan oleh senator di dalam dewan negara.

 Di sini terdapat dua jalan:
 i) Sekiranya diterima akan dihantar kembali ke > Dewan negara
 ii) Sekiranya ditolak akan ditubuhkan satu badan yang akan membentangkan sebab-sebab penolakan dan dihantar ke dewan negara untuk di bahaskan semula.

 Kemudian setelah diluluskan akan dihantar kepada yang dipertuan Agong untuk diberikan cop mohor. Rang Undang-undang ini akan diwartakan dalam bentuk Warta Kerajaan atau "Gazette" , maka baharulah Rang Undang-Undang itu akan menjadi undang-undang yang sah yang disebutkan dalam warta kerajaan tersebut. Pengundian Satu cadangan untuk pelaksanaan Undang-undang akan melalui proses pengundian. Di dalam undang-undang biasa yang tidak melibatkan perlembagaan ia hanya memerlukan simple majoriti undi ahli-ahli yang hadir. Bagi perkara yang melibatkan penggubalan perlembagaan, ia memerlukan undi 2/3 ahli parlimen yang ada di dalam dewan tersebut dan bukannya setakat yang hadir. Umpamanya di dalam dewan negara sekarang terdapat 193 ahli di dalam dewan rakyat, ia memerlukan undi 129 orang sebelum diluluskan satu penggubalan dalam perlembagaan dan 46 undi daripada 69 senator Dewan Negara.